UMNO teruskan perjuangan berlandaskan konsep kekeluargaan

0
9
Ismail Sabri ketika berucap merasmikan persidangan UMNO Bahagian Bera, hari ini. – fb/Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – UMNO akan terus bertunjangkan konsep kekeluargaan dalam menjadikan dirinya sebagai sebuah institusi yang menjadi payung dan tempat bergantung rakyat Malaysia.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, sebagai parti yang memainkan peranan yang amat besar, konsep kekeluargaan adalah penting elemen penting dalam mencari kesepaduan dalam sesebuah perjuangan.

“Kita akan terus bertunjangkan konsep kekeluargaan, bukan sahaja Keluarga Malaysia, tetapi Keluarga UMNO dan Keluarga Bera, yang menjadi institusi menyokong dan membantu antara satu sama lain sebagai sebuah keluarga,” kata Ismail Sabri ketika merasmikan persidangan UMNO Bahagian Bera di Pahang, hari ini.

Beliau berkata, walaupun asas perjuangan UMNO adalah menyatupadukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini, tetapi peranannya lebih besar kerana ia turut sama menyatupadukan parti-parti komponen yang lain sekali pun yang melibatkan kepelbagaian kaum.

“UMNO menjadi parti yang memainkan peranan yang amat besar, sebagai juara yang mendalami derita rakyat, UMNO turut memainkan peranan yang besar sebagai parti yang terus membangun dan membantu rakyat,” tambahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here