
KUALA LUMPUR – Syarikat milik penuh Bumiputera, VFive Group menerusi Yayasan VFive berhasrat memperkasakan lagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu masyarakat dan golongan yang kurang berkemampuan pada tahun hadapan.
Ketua Pengarah Eksekutif VFive Group, Datuk Mohd Syafiq Abdullah berkata, program tersebut merupakan salah satu daripada 15 petunjuk prestasi utama (KPI) yang disasarkan pihaknya.
Beliau berkata, meskipun syarikat tersebut sebagai sebagai entiti perniagaan dengan objektif keuntungan, namun mereka sentiasa meletakkan konsep keberkatan dengan menjadikan kerja bakti, kebajikan dan dermawan sebagai nilai teras dalam setiap urusniaga yang dijalankan.
“Sasaran perbelanjaan keseluruhan CSR bagi tahun 2022 berjumlah sebanyak RM8 juta antaranya untuk meningkatkan jumlah program kebajikan, mempermudah dan melancarkan agihan perbelanjaan untuk semua masjid, surau dan pusat tahfiz di seluruh kawasan Ampang dan Pandan.

“Selain itu, kami turut menyasarkan untuk
meningkatkan bantuan kepada 2,000 kampit beras sempena program Yayasan VFive “Kembara Beras” dan meningkatkan sumbangan sempena program “Gerobok Rezeki” kepada 20 lokasi meilbatkan masjid dan surau di seluruh Ampang dan Pandan,” katanya ketika berucap dalam dalam majlis jamuan makan malam tahunan VFive Group, di Hotel Royale Chulan di sini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya juga merancang untuk membina sebuah masjid dan mewujudkan sebuah pasar raya pada tahun hadapan.
Selain itu, katanya, VFive juga akan melancarkan rangkaian televisyen Yayasan VFive melalui kerjasama RTM, TV3 dan Astro pada tahun hadapan.-MT