[VIDEO] Bonnie rangkul emas Kejuaraan Powerlifting Para Dunia

0
18

CYBERJAYA – Atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin berjaya merangkul pingat emas pada Kejuaraan Powerlifting Para Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia, malam tadi.

Kemenangan ini merupakan kemenangan kedua buat Bonnie pada tahun ini, setelah berjaya merangkul pingat emas pada Paralimpik Tokyo 2020.

Tahniah Bonnie Bunyau Gustin!

Bonnie mengungguli kategori 72 kilogram (kg) selepas berjaya melakukan angkatan berjumlah 210 kg sekali gus mempertahankan emas yang diraih pada edisi 2019 di Kazakhstan.

Angkatannya itu jauh meninggalkan pencabar terdekatnya dari China, Hu Pang yang meraih perak dengan angkatan 196kg manakala atlet Mesir, Shaaban Ibrahim memenangi gangsa dengan angkatan 195kg.

“Saya amat gembira kerana ini kemenangan kedua saya (pada tahun ini) selepas (*pingat emas Olimpik) Tokyo tempohari, dan ini juga kemenangan kedua saya pada Kejohanan Dunia.

“(Saya cuma terkilan) Kali ini tidak dapat pecahkan rekod,” kata Bonnie dalam satu video pendek yang dimuat naik di akaun Twitter ParaPowerlifting.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here