[VIDEO] Oleh Oleh KulGifts sediakan produk rekaan batik buat pengunjung Malakat Mall

0
95
Pengusaha Oleh Oleh KulGifts, Nor Jasmin Jamaluddin.

CYBERJAYA – Peminat seni batik tempatan kini boleh mendapatkan rekaan kesukaan mereka di outlet Oleh Oleh KulGifts.

Terletak di tingkat 2 pusat beli belah Malakat Mall, outlet tersebut menjual pelbagai jenis barangan bermotifkan batik tempatan dan luar negara, dan juga barangan cenderahati dari seluruh dunia.

Oleh Oleh KulGifts sediakan produk rekaan batik buat pengunjung Malakat Mall

Pengusahanya, Nor Jasmin Jamaluddin ketika ditemui berkata, rekaan batik yang dijual di kedainya berasal dari Terengganu, Kelantan, dan juga dari Indonesia.

“Kami ada pelbagai jenis produk batik keluaran tempatan dan luar negara, bagi memenuhi (kehendak) segenap lapisan,” kata Nor Jasmin, hari ini.

Selain pakaian lelaki dan wanita, outlet ini turut menjual barangan seperti beg, scrunchy, rantai, barangan hiasan rumah seperti wall decoration yang bermotifkan batik.

“Bagi pakaian, selain menjual batik lepas, kami juga ada rekaan baju kurung Kedah, baju kurung fesyen yang mampu memenuhi citarasa pelanggan.

“Fabrik pakaian yang kami gunakan antaranya adalah rayon, kapas dan sutera,” kata Nor Jasmin lagi.

“Oleh itu, saya ingin mengajak semua peminat batik supaya mengunjungi outlet kami di tingkat 2 Malakat Mall bagi melihat sendiri tawaran produk kami,” tambah Nor Jasmin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here