Viotex Sdn Bhd jalin kerjasama dengan SMART Sabah, selesaikan isu bekalan air bersih

0
236
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara Virotex Sdn. Bhd dan SMART Sabah Corporation Sdn. Bhd.

KUALA LUMPUR- Masalah bekalan air bersih di kawasan luar bandar dan pulau-pulau di Sabah dijangka selesai dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ia selepas termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara peneraju sistem air boleh diperbaharui (RWS) Virotex Sdn Bhd dengan SMART Sabah Corporation Sdn Bhd hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, MoU berkenaan sememangnya suatu yang dinanti-nantikan oleh rakyat Sabah.

Katanya, bekalan air bersih di kawasan luar bandar akan dapat diselesaikan dengan kerjasama antara kedua-dua pihak dengan projek akan bermula tahun hadapan.

“Virotex telah adakan perbincangan dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan sekarang sudah ada rakan kerjasama iaitu SMART Sabah.

“Semua ini untuk pastikan matlamat untuk bekalkan air bersih ke kawasan luar bandar dan pulau-pulau di Sabah terjamin dan terpelihara.

“Saya difahamkan, peruntukan akan diberikan secara berperingkat, kita akan pastikan aset yang dibangunkan dapat dijaga dan digunakan untuk selamanya.

“Jadi, saya harap projek ini dapat disegerakan untuk pastikan rakyat yang terpencil dapat bekalan bekalan air bersih secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Virotex Sdn Bhd dengan SMART Sabah Corporation Sdn Bhd.

MoU itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Virotex Sdn Bhd, Mohd Syafiq Mohd Azmi dan Ketua Pegawai Eksekutif SMART Sabah Corporation Sdn Bhd, Alfian Ahmad.

RWS yang dibawa oleh Virotex ini akan melengkapi tiga sumber air semula jadi yang sedia ada iaitu air bawah tanah, air permukaan dan air hujan tanpa proses pengalian, pemasangan dan penyelenggaraan pam air.

Dalam pada itu, Mohd Syafik berkata, MoU yang dimeterai itu akan menjadi sebuah usaha sama yang berpanjangan bagi memenuhi kepentingan bersama dalam mencapai keselamatan dan kemakmuran kawasan luar bandar dan pulau-pulau di Sabah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here