Yadim sumbang KFC kepada pelajar Seri Puteri yang dikuarantin di ILIM

0
22
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad menyampaikan hidangan KFC kepada petugas barisan hadapan di ILIM

CYBERJAYA – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyampaikan sumbangan sebanyak 450 set hidangan Kentucky Fried Chicken (KFC) kepada petugas barisan hadapan dan pelajar Sekolah Seri Puteri yang dikuarantin di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) susulan menjadi kontak rapat kes Covid-19 di sekolah itu hari ini.

Sumbangan itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad yang turun padang untuk menyantuni pelajar berkenaan.

“Terima kasih agensi agensi yang pantas ambil tindakan dan ambil tanggungjawabmenyediakan prasarana pusat kuarantin sementara ini.

“Terima kasih juga Yadim yang menyelaras bantuan hari ini untuk diserahkan kepada mereka yang terlibat. Semoga dengan pendekatan yang diambil ini, dapat mengurangkan kadar kebimbangan ibu bapa,” katanya hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad membaca doa bagi mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan kepada pelajar terlibat

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Hakimah Mohd Yusof; Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh; Pengarah Kanan ILIM, Dr Nordin Ahmad dan
Pegawai Daerah Sepang, Khairi Azali Ibrahim.

Dalam pada itu, Pegawai Kesihatan Daerah Sepang, Dr Mohd Nasir Habib yang menyampaikan taklimat operasi di ILIM berkata, pendekatan diambil bagi memisahkan pusat kuarantin kepada beberapa lokasi berbeza adalah untuk mengurangkan kesesakan serta keadaan yang tidak sesuai bagi proses kuarantin berlangsung di asrama.

Seramai 403 pelajar Sekolah Seri Puteri yang disyaki sebagai kontak rapat, dikuarantin selama 10 hari di ILIM.

Kebajikan pelajar-pelajar itu diselia oleh agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah dan lain lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here