Yayasan Brainy Bunch hantar 40 pek makanan ke Seksyen 24 Shah Alam

0
34
40 pek makanan diagihkan kepada penduduk Seksyen 24 Shah Alam, malam tadi.


SHAH ALAM- Yayasan Brainy Bunch mengagihkan 40 pek makanan dan barangan keperluan kepada penduduk Seksyen 24 di sini yang terjejas banjir.

Bantuan berupa beras, biskut, gula, face mask dan keperluan lain itu habis dalam masa tidak sampai 30 minit kerana ramai mangsa terjejas.

Menurut wakil Yayasan Brainy Bunch, Siti Khairulnisah Mohammed Bajuri, pihaknya sampai ke kawasan Seksyen 24 kira-kira pukul 9 malam untuk misi agihan.

“Barangan diagihkan kepada mereka yang terjejas banjir, kita cari satu lokasi dan mereka datang untuk ambil barangan bantuan,” katanya.

Selain bantuan ke Sekyen 24, Yayasan Brainy Bunch dan Kumpulan Malakat Eco turut menyampaikan barangan keperluan ke kawasan terjejas lain.

Ketika ini, Malakat Mall, Cyberjaya dijadikan pusat koordinasi pengumpulan barangan bantuan banjir, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh ke pusat beli belah berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here