ZOOM IN: The Untold Story of Malaysian Filmmaking dedah rahsia Aron Koh cipta nama di luar negara

0
20
Aron Koh ketika pelancaran buku biografi bertajuk ZOOM IN: The Untold Story of Malaysian Filmmaking

KUALA LUMPUR – Penerbit filem tempatan yang berjaya mencipta nama di luar negara, Aron Koh menerbitkan sebuah buku biografi bertajuk ZOOM IN: The Untold Story of Malaysian Filmmaking yang memaparkan kisah jatuh dan bangunnya sepanjang bergelar anak seni sejak 18 tahun lalu.

Menurut Aron, buku yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu turut menceritakan pengalamannya dalam industri perfileman dan pandangannya kepada pembikin filem muda.

Katanya, perkongsian itu adalah untuk membantu mereka lebih memahami peraturan industri, menganalisis proses pembikinan filem dan faktor kejayaan sesebuah filem.

“Buku ini ditulis sebagai perkongsian daripada saya dan juga inspirasi kepada sesiapa sahaja dalam industri perfileman lebih-lebih lagi apabila bidang ini antara paling teruk terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Bukan sahaja untuk mereka yang sudah ada dalam industri, tetapi buku ini juga sesuai untuk para pelajar di institusi pengajian tinggi dan graduan dalam jurusan perfileman” katanya dalam majlis pelancaran “ZOOM IN: The Untold Story of Malaysian Filmmaking.

Dalam pada itu, Aron berkata, beliau menghasilkan buku ini bukan untuk mengejar keuntungan tetapi lebih kepada motivasi untuk orang ramai bangkit semula pasca pandemik.

Dalam pada itu ditanya sama ada beliau berhsrat mengangkat karya itu di layar perak, katanya, beliau belum ada perancangan untuk mengadaptasi biografinya itu dalam bentuk filem, namun tidak menolak sekiranya bakal melakukannya pada masa akan datang.

“Saya tulis buku ini semasa PKP 3.0 kerana mempunyai lebih banyak masa di rumah yang membolehkan saya menumpukan perhatian dan menghabiskan menulis buku.

ZOOM IN: The Untold Story of Malaysian Filmmaking

“Sebab mengapa saya memilih untuk menulis buku ini sepenuhnya dalam bahasa Inggeris adalah kerana saya mahu lebih ramai orang, malah warga asing, memahami situasi filem tempatan kita” katanya yang pernah mencipta nama menerusi filem bergenre seram, Haunted Hotel di China dan Hong Kong.

Sementara itu, dalam majlis sama, Aron turut mengumumkan rancangan penggambaran dan tayangan filem sempena Tahun Baharu Cina berjudul “Small Town Heroes”; filem animasi Melayu “Tiga Adiwira”; filem Melayu “Indera”; “Gila Gusti” dan “Oh My Soul”.

Beliau juga turut menyumbangkan 300 buah buku kepada perpustakaan awam Selangor agar dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang awam.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here