2,641 jangkitan baharu hari ini

0
5
Para petugas memeriksa suhu badan seorang penduduk semasa menunggu giliran untuk melakukan ujian saringan Covid-19 secara percuma anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan di Perumahan Awam Sri Sabah, Cheras. -foto/FaridJanudin.

CYBERJAYA – Jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan penurunan hari ini apabila sebanyak 2,641 kes dicatatkan di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ketika ini kumulatif kes di Malaysia ialah  2,788,860 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow https://covidnow.moh.gov.my,” katanya dalam hantaran di media sosialnya hari ini.

Semalam,  sebanyak 2,888 kes positif Covid-19 telah dilaporkan di seluruh negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here