3,175 kes dilaporkan hari ini

0
9
Reaksi penduduk ketika sedang melakukan ujian saringan Covid-19 dalam program saringan komuniti percuma anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan di Perumahan Awam Sri Sabah, Cheras. -foto/FaridJanudin

CYBERJAYA – Selepas beberapa hari mencatatkan penurunan, jangkitan baharu Covid-19 di Malaysia kembali melepasi angka 3,000 hari ini apabila 3,175 dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan kumulatif kes di negara ini mencecah 2,792,035 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.

“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” menurut ciapan Twitter beliau di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here