
SHAH ALAM – Dianggarkan hampir 41,000 tan sampah pukal dibawa keluar daripada kawasan yang terjejas akibat banjir di negeri ini sejak 20 Disember lalu.
KDEB Waste Management (KDEBWM) dalam laporan pengendali sisi pepejalnya berkata, jumlah itu dikira daripada operasi pembersihan yang dilakukan oleh lapan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terjejas.
“Shah Alam yang merupakan daerah paling teruk terjejas merekodkan pengeluaran sampah tertinggi iaitu sebanyak 16,503 tan.
“Bagaimanapun operasi pembersihan di kawasan terbabit belum siap sepenuhnya setakat 3 Januari, dan telah mencapai 80 peratus,” katanya.
Bagi pengendalian sampah di Majlis Bandaraya Subang Jaya, sebanyak 7,411 tan dikeluarakan manakala di Majlis Perbandaran Klang (6,060 tan) dan Majlis Perbandaran Kajang (5,820 tan) (100
Sementara itu KDEB semalam memaklumkan, kerja-kerja pembersihan pasca banjir di negeri ini akan selesai minggu depan.
Setakat semalam, pembersihan di kawasan paling terjeas di Shah Alam iaitu Taman Sri Muda telah mencapai tahap 60 peratus.
Syarikat pengurusan sisa pepejal milik penuh Kerajaan Negeri itu setakat ini menerima kerjasama yang baik daripada kumpulan sukarelawan dan pihak berkuasa tempatan.
“KDEBWM komited dalam mempertingkatkan lagi usaha bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan dapat mempercepatkan proses pembersihan pasca banjir di Negeri Selangor.
“KDEBWM akan terus berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Negeri Selangor agar Selangor bersih dan selesa serta dapat terhindar dari wabak penyakit,” katanya.