Abang Viva dapat Yamaha XJ6 Diversion

0
177
Azman atau Abang Viva (kiri) bersama wakil syarikat Icity Motoworld pada hari serahan motosikal Yamaha XJ6 Diversion di Shah Alam.

CYBERJAYA -“Rezeki tidak pernah salah alamat”. Itulah perumpamaan yang tepat untuk Abang Viva atau Azman Omar apabila ramai pihak tampil menghargai jasa baiknya membantu mangsa-mangsa banjir di beberapa buah negeri Disember lalu.

Selepas dihadiahkan sebuah pacuan empat roda (4X4) oleh seorang pengasas produk kosmetik baru-baru ini, terkini beliau menerima hadiah sebuah motosikal berkuasa tinggi.

Hadiah berupa Motosikal Yamaha XJ6 Diversion itu diserahkan oleh Icity Motoworld Sdn Bhd semalam melalui satu hantaran di Facebook syarikat berkenaan.

Menurut ICity, jentera bewarna hitam yang siap didaftarkan dengan cukai jalan itu disumbangkan oleh individu yang tidak mahu dikenali sebagai menghargai jasa Azman.

Selain itu, anak bongsu empat beradik dari Melaka itu turut menerima beberapa aksesori motosikal sumbangan Icity Motoworld.

Azman, 29, diangkat menjadi hero oleh rakyat negara ini selepas usaha murninya membantu mangsa banjir dengan menggunakan Perodua Viva untuk mengangkut sebuah bot pelampung.

Selepas mendapat liputan meluas di dalam media, Azman sebelum ini mengakui tidak selesa menjadi viral dan pernah menolak sumbangan orang ramai bagi mengelak diambil kesempatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here