ADUN Larkin dari Bersatu umum keluar parti

0
146
Datuk Mohd Izhar Ahmad

JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Datuk Mohd Izhar Ahmad mengumumkan keluar parti Bersatu hari ini.

Dalam satu sidang media sebentar tadi, beliau berkata, akan memberikan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

“Saya melepaskan tanggungjawab saya dalam parti dan meninggalkan Bersatu berkuat kuasa serta merta,” katanya hari ini.

Beliau berkata, keputusan itu terpaksa diambil berikutan Bersatu telah hilang arah tuju.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here