Air pasang besar boleh bertukar lebih buruk

0
33
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Orang ramai terutama di kawasan pesisir pantai Barat Semenanjung diminta berwaspada pada kemungkinan berlakunya ‘pertembungan’ air pasang besar dengan hujan lebat dan angin kencang yang berisiko mengancam keselamatan.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata,
fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku selama empat hari bermula hari ini walaupun berskala kecil boleh bertukar buruk sekiranya berlaku serentak.

“Fenomena air pasang besar kali ini dijangka berskala lebih kecil berbanding kejadian pada November lalu, namun keadaan itu akan menjadi lebih buruk, sekiranya disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat yang berlaku serentak.

“Situasi itu akan menyebabkan berlakunya banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

NADMA berkata, susulan amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) hari ini, orang ramai diminta mengambil langkah berwaspada.

Menurut kenyataan itu, NADMA dan Jabatan Meterologi Malaysia (METMalaysia) akan memberi pemakluman awal dari semasa ke semasa supaya semua Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dapat bersiap siaga menghadaoi sebarang kemungkinan.

Terdahulu, JPS mengeluarkan amaran berwaspada kepada penduduk di kawasan berisiko antaranya Kuala Muda, Kedah; Bagan Datok, Perak; Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor di Selangor serta Batu Pahat dan Pontian di Johor.

Orang ramai boleh mendapatkan perkembangan semasa fenomena air pasang besar dan keadaan cuaca terkini boleh melayari laman publicinfobanjir.water.go.my, Facebook : PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS InfoBanjir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here