Akar umbi sudah lama sedar hasrat Bersatu untuk tamatkan UMNO buat selamanya

0
65


Datuk Seri Najib Tun Razak

CYBERJAYA- Akar umbi UMNO dah lama sedar niat dan hasrat sebenar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah untuk tamatkan UMNO buat selama-lamanya.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia berlaku sejak rakaman audio “scheme of things” terbongkar di mana PM Ke-8 (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dedahkan rancangan untuk sogok pemimpin-pemimpin UMNO dengan jawatan kerajaan dan GLC.

“Jadi, dengan pengakuan umum Bersatu semalam, saya harap pemimpin-pemimpin UMNO yang masih inginkan kita bekerjasama dengan Bersatu akan hentikan usaha mereka.

“Kawan-kawan dalam Muafakat yang masih seru kita untuk menerima Bersatu pun patut henti pujuk. Kami tetap kawan tapi jangan pujuk lagi.

“Sebab kami tak faham kenapa UMNO perlu bekerjasama dengan pihak lain bagi memudahkan niat jahat dan hasrat mereka untuk tamatkan UMNO,” katanya Najib di laman Facebooknya hari ini.

Semalam, Ketua Penerangan Bersatu Johor, Mohd Solihan Badri berkata, Muhyiddin berpendirian, dominasi kerajaan Barisan Nasional (BN) mesti ditamatkan dan UMNO yang menjadi teras gabungan itu tidak lagi mampu bangkit selama-lamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here