Aktiviti di Hutan Simpan Kekal Selangor dibuka semula 1 Februari

0
34
Gambar Hiasan

CYBERJAYA – Aktiviti pelancongan dan pendakian di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri Selangor dibenarkan semula bermula 1 Februari ini.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian berkata, ia selepas tempoh larangan berakhir pada 31 Januari ini.

“Larangan mendaki akan tamat pada 31 Januari dan aktiviti mendaki boleh bermula pada 1 Februari ini,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawap pertanyaan peminat dan penganjur sukan serta aktiviti lasak yang berhasrat untuk meneruskan semula aktiviti mereka susulan keadaan cuaca semakin baik ketika ini.

Pada 31 Disember lalu, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) tidak membenarkan sebarang aktiviti pendakian di dalam HSK di Selangor bermula 1Januari.

Pengarahnya, Datuk Ahmad Fadzil Abd Majid dalam satu notis dimuat naik di laman Facebook JPNS dilaporkan berkata, aktiviti pelancongan pendakian itu ditutup sehingga 31 Januari ini.

Menurutnya, orang ramai yang masih berdegil tidak mematuhi arahan penutupan akan diambil tindakan tegas mengikut Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.

Orang ramai boleh menghubungi JPNS di talian 03-55447000/03-55447507 atau emel ke [email protected] untuk maklumat lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here