
CYBERJAYA – Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) membenarkan semula aktiviti pendakian dalam hutan simpan kekal di Selangor, mulai 5 Februari depan.
Menurut JPNS, pembukaan itu melibatkan 18 hutan simpan kekal di dua daerah iaitu Selangor Tengah dan Hulu Selangor.
Ia membabitkan Gunung Hitam, Bukit Cenuang, Air Terjun Sungai Lepoh, Bukit Saga, Bukit Apek, Bukit Broga, Bukit Kembara, Air Terjun Ulu Perdik, Air Terjun Sungai Pisang, Air Terjun Sofea Jane dan Air Terjun Lubuk Tedung di Selangor Tengah.
“Untuk Hulu Selangor pula membabitkan Gunung Ulu Semangko, Bukit Choroko, Bukit Kutu, Air Terjun Lata Medang, Air Terjun Lata Macau, Air Terjun Setinggi dan Air Terjun Lubuk Kawah,” kata JPNS dalam satu kenyataan di laman Facebook miliknya.
Bagaimanapun, kawasan Hutan Lipur Gunung Nuang masih ditutup kerana kawasan itu masih dalam penyelenggaraan susulan musim tengkujuh lalu.
JPNS turut menasihatkan orang ramai yang ingin menjalankan aktiviti di lokasi terbabit perlu mendapatkan permit memasuki hutan simpan.
Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian 03-55447000/ 7507/ 7337 atau e-mel [email protected]