Aktiviti pembalakan baik untuk tambah populasi harimau – Jabatan Hutan Kelantan

0
1640
Gambar hiasan

GUA MUSANG – Aktiviti pembalakan yang tular berlaku di beberapa kawasan hutan di Kelantan didakwa tidak menjejaskan populasi harimau.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK), Abdul Khalim Abu Samah berkata, proses itu sebaliknya baik untuk pertambahan populasi berpandukan kepada kajian yang dibuat oleh seorang pakar dari Sarawak, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, bila ada pembalakan banyak tumbuhan baharu akan tumbuh yang menarik haiwan seperti kancil untuk datang ke kawasan tersebut.

“Kedatangan haiwan seperti kancil itu akan menjadi sumber makanan buat harimau.

“Situasi itu juga akan memudahkan harimau mendapatkan sumber makanan berbanding kawasan hutan tebal,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas dakwaan mengatakan kehadiran beberapa ekor harimaudi perkampungan orang asli berpunca daripada aktiviti pembalakan secara berleluasa.

Sebelum itu, Abdul Khalim turun padang menyaksikan Operasi Bersepadu Membanteras Penerokaan Haram di Hutan Simpan Relai, Ladang Serasa di sini pada Isnin.

Operasi tersebut turut melibatkan kerjasama seramai 81 anggota dari Jabatan Perhutanan Kelantan; Pejabat Tanah dan Galian, Polis Diraja Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here