Angka penduduk miskin Jakarta turun 0.05 peratus

0
14
GAMBAR HIASAN

JAKARTA – Angka penduduk miskin di ibu kota Indonesia didapati menurun sebanyak 0.05 peratus setakat September 2021.

Portal IDN Times melaporkan, data Badan Pusat Statistik (BSP) menunjukkan terdapat seramai 498,290 dibanci pada bulan itu, berbanding 501,920 pada bulan Mac 2021.

“Setelah setahun pandemik yang menyebabkan naiknya angka kemiskinan, buat pertama kalinya angka kemiskinan di Jakarta turun,” kata Pengarah BPS Jakarta, Anggoro Dwitjahyono, semalam.

Beliau berkata, penurunan tersebut dicatat hasil inisiatif kerajaan dalam menstabilkan harga barangan keperluan dan peningkatan kuasa beli dalam kalangan penduduk bandar raya itu yang meningkat.

Kadar inflasi antara Mac hingga September 21 yang berada pada angka 0.26 peratus menyebabkan harga barangan tidak mengalami kenaikan drastik.

Tambahnya, pendapatan per kapita golongan miskin di Jakarta turut meningkat kepada 695,649 rupiah (RM203) daripada 684,367 rupiah (RM199.71).

“Kadar pengangguran turut berjaya dikurangkan, apabila kita berjaya menyerap masuk 42 ribu tenaga kerja ke dalam sektor formal dan tidak formal,” kata Dwitjahyono lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here