
CYBERJAYA – Brainy Bunch merupakan platform terbaik untuk anak-anak, perkara tersebut diakui oleh pelakon, Asyraf Muslim selepas melihat perubahan ketara anaknya.
Asyraf berkata, anaknya Anas Asyraf yang berumur 6 tahun ketika ini mempamerkan perubahan dari segi penjagaan solat, bacaan Al-Quran, hormat ibu bapa dan mendengar cakap.

“Alhamdulillah syukur kepada Allah, anak saya telah tamat pembelajaran di Brainy Bunch. Saya rasa Brainy Bunch berjaya mendidik pelajar dari kosong ke arah lebih baik.
“Saya tengok perubahan ketara anak saya dari segi jaga solat, bacaan Al-Quran, hormat ibu bapa dan mendengar cakap. Itu antara benda yang kena ada pada setiap anak-anak,” katanya.
Asyraf berkata demikian ketika ditemui Malakat Tribune pada majlis graduasi Brainy Bunch yang diadakan di Kompleks Brainy Bunch Cyberjaya hari ini.

Turut hadir bersama Asyraf ialah isterinya, Dr Diyana Lokman.
Mengulas lanjut, Asyraf berkata, dia dan isteri memilih untuk menghantar anaknya untuk pendidikan awal ke cawangan Brainy Bunch Setiawangsa sejak berumur 4 tahun.
“Alhamdulillah Brainy Bunch adalah platform terbaik untuk anak-anak. Insya-Allah jika ada lagi rezeki selepas ini, saya pasti akan memilih Brainy Bunch untuk anak-anak saya,” katanya.