ATM akan terima helikopter MD530G tidak lama lagi

0
85

CYBERJAYA – Teka-teki mengenai status perolehan enam buah helikopter buah helikopter penyerang ringan MD530G buat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akhirnya terjawab apabila pengeluar pesawat itu mengumumkan pesawat itu sedang dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

MD Helicopters Inc. dalam satu kenyataan semalam mengumumkan, keenam-enam buah helikopter itu dijangka tiba di Malaysia pada akhir suku pertama tahun ini.

Difahamkan, kesemua pesawat itu kini berada dalam transit, dengan lokasi sebenarnya tidak diumumkan.

“MD Helicopters mengumumkan penerimaan awal (initial acceptance) keenam-enam buah helikopter Light Scout Attack Helicopters MD530G untuk Kementerian Pertahanan Malaysia menerusi agen mereka Halaman Optima/Destini Prima,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut, sebagai memenuhi syarat kontrak pembelian, sebanyak lapan juruterbang dan lima mekanik daripada Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) telah menyelesaikan latihan operasi Pusat Persenjataan Hadapan dan Pengisian Minyak (FARP) di Texas Barat.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Destini Prima, Lt. Kol. (B) Ek Sing Nguong dalam kenyataan yang sama berkata, pihaknya amat berbesar hati untuk membawa program itu ke peringkat seterusnya.

Syarikat menurutnya, akan menunggu ketibaan helikopter itu di Malaysia bagi proses penerimaan akhir di dalam negara.

Malaysia menandatangani perjanjian untuk membeli enam buah helicopter penyerang ringan MD530G itu pada 2016 dengan harga keseluruhan RM320 juta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here