
CYBERJAYA – Awang Embung iaitu ayah kepada jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awamg meninggal dunia awal pagi tadi.
Berita sedih itu dikongsikan oleh Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocketman di laman Facebooknya sebentar tadi.
“Assalamualaikum semua. Untuk makluman, ayah saya Awang Embunh telah pulang ke Rahmatullah awal pagi tadi.
“Semoga Ayah diampunkan segala dosanya, diterima segala amal ibadatnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
“Ya Allah! Ampunilah almarhum (Awang Bin Embong),berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya.” kata Azizuhasni di lman Facebooknya.
Tahap kesihatan ayah azizuhasni merosot sejak tahun lalu akibat dementia dan strok.
Pada temasya Olimpik Tokyo, Azizulhasni meraih Perak dalam acara keirin dan kemenangan itu didedikasikan kepada ayahnya yang ketik itu sudah terlantar akibat strok.