Azmi Ibrahim, biar jasa jadi kenangan

0
370
Azmi Ibrahim bersama skuad Hijau Kuning sejak 2019 sebagai Jurulatih Kecergasan.

CYBERJAYA – Warga Kedah Darul Aman FC (KDA FC) merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jurulatih Kecergasan Skuad Liga Super Kedah, Azmi Ibrahim.

Azmi yang merupakan bekas pelari pecut negara telah berkhidmat dengan cemerlang sejak 2019 bagi memastikan tahap kecergasan skuad Hijau Kuning dalam keadaan terbaik.

“Warga KDA FC merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Azmi Ibrahim, Jurulatih Kecergasan Skuad Liga Super Kedah Bagi Musim 2019 hingga 2021 atas segala sumbangan khidmat cemerlang selama 3 tahun melatih pemain-pemain skuad hijaukuning.

“Beliau yang cukup dikenali sebagai bekas pelari pecut kebangsaan suatu masa dulu memilih untuk terlibat dalam barisan kejurulatihan kecergasan sejak bersama JDTII, Home United FC dan seterusnya bersama KDA FC sejak 2019. 

“Selain itu, pengalaman beliau digunakan sebaiknya melalui aktiviti kecergasan di seluruh Malaysia sama ada melalui program swasta dan kerajaan.

“Selamat maju jaya diucapkan dan ingatlah anda sentiasa hijaukuning selamanya,” kata KDA FC dalam kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here