Bantuan Awal Persekolahan diagihkan mulai Isnin ini

0
42
Gambar Hiasan

CYBERJAYA –  Bantuan Awal Persekolahan (BAP) untuk murid yang bakal memasuki Tahun 2 hingga Tingkatan 5 pada 21 Mac depan bagi sesi persekolahan tahun 2022/2023 akan diagihkan mulai 17 Januari ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataannya berkata, bantuan berkenaan akan memanfaatkan 3 juta penerima dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

“Bantuan ini akan diberikan kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 yang sedang dalam sesi persekolahan bagi tahun 2021/2022 yang layak.

“Bagi murid Tahun 1 yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac 2022, pemberian BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai,” kata KPM dalam kenyataannya hari ini.

Menurut KPM lagi, kerajaan juga bersetuju untuk meningkatkan kadar BAP kepada RM150 untuk seorang murid berbanding RM100 sebelum ini.

“Pemberian BAP akan dibuat secara tunai atau dikredit ke akaun bank bagi murid yang mempunyai akaun bank.

“KPM yakin pemberian BAP ini akan dapat membantu ibu bapa dan penjaga membuat persiapan awal anak-anak untuk memulakan persekolahan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, pemberian BAP secara tunai di sekolah mengikut prosedur operasi standard yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here