Bukan beli ubat untuk datuk, tapi untuk beli dadah – Polis

0
94
Seorang remaja lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama 10 hari dan denda RM4,000 di Mahkamah Majisteret Selayang kerana mencuri duit tabung masjid

SUNGAI BULOH – Polis menafikan dakwaan tindakan seorang remaja lelaki yang tular dimandikan seperti jenazah kerana mencuri dana tabung masjid untuk membeli ubat datuknya, sebaliknya adalah bagi kegunaan membeli dadah.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, siasatan polis mendapati remaja berusia 19 tahun itu mencuri duit tabung untuk membeli dadah dan bermain judi dalam talian, lapor Sinar Harian.

“Soal siasat kami dapati dia mencuri untuk beli dadah dan untuk bermain judi online di telefon bimbit, bukannya untuk beli ubat datuknya seperti mana dakwaan yang tular di media sosial.

“Ujian saringan air kencingnya juga didapati positif dadah jenis syabu,” katanya hari ini.

Semalam mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 hari dan denda RM4,000 di Mahkamah Majisteret Selayang terhadap seorang remaja lelaki yang tular dimandikan seperti jenazah akibat kantoi mencuri tabung sebuah masjid.

Majistret Nik Mohd. Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu terhadap Daniel Iskandar, 19, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya, hari ini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah cuba melakukan curi tabung kepunyaan Masjid Al-Islahiah dengan mengheret dan menyorokkan tabung di dalam bilik mandi jenazah.

Kesalahan itu dilakukan Masjid Al Islahiah Kilometer (km) 28 Kuang, Rawang, pukul 11.58 malam pada 8 Januari lalu (2022).

Bagaimanapun, kemudian tular berita bahawa remaja terbabit berbuat demikian kerana mahu membeli ubat kencing manis kepada datuknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here