Buku teks rosak akibat banjir tak perlu diganti, KPM cukup stok gantikan yang baharu

0
15
Datuk Dr Radzi Jidin

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) menerima laporan sebanyak 263,662 naskah buku teks rosak akibat banjir besar yang berlaku di beberapa negeri di seluruh negara baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, buku teks yang rosak itu melibatkan seramai 14, 422 murid di seluruh negara.

“Berdasarkan rekod ini KPM mempunyai stok yang mencukupi untuk menggantikan buku yang rosak bagi membolehkan murid mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran pada minggu hadapan.

“Kepada murid-murid yang kehilangan buku teks atau buku teks mereka rosak akibat banjir, jangan risau anak-anak tidak perlu membayar ganti rugi di atas kerosakan buku teks tersebut,” katanya dalam satu rakaman video yang disiarkan menerusi laman Facebook miliknya hari ini.

Sehubungan itu, katanya, guru-guru terlibat akan merekodkan buku teks yang rosak

Pada masa sama, katanya, pihaknya akan mencari cara dan berusaha untuk menggantikan buku teks itu dengan segera mbagi memastikan sesi persekolahan dapat berjalan secara teratur dan lancar.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here