CNN Travel pilih Pulau Pinang destinasi terbaik untuk dikunjungi 2022

0
19
Pulau Pinang yang kaya dengan keunikan budaya, keindahan seni bina klasik dan pelbagai citarasa makanan.

GEORGE TOWN – Pulau Pinang terus mendapat pengiktirafan sebagai salah satu daripada 22 destinasi pelancongan untuk dikunjungi bagi tahun 2020.

Dalam artikel yang disiarkan oleh CNN Travel pada 1 Januari lalu, negeri ini dinamakan sebaris dalam senarai destinasi terbaik untuk diterokai tahun ini.

Senarai itu termasuk Antigua and Barbuda; Bissagos Islands, Guinea-Bissau; Cape Breton, Nova Scotia; Chile; Colombo; Dijon, Perancis; Disko Bay, Greenland; Gabon National Parks; Jordan; Lahti, Finland; Munga-Thirri-Simpson Desert, Australia; Naples, Itali; Ollantaytambo, Peru; Orkney Island, United Kingdom; Oslo dan Palau.

Pilihan lain adalah Afrika Selatan; St Eustatius, Belanda; Tulsa, Oklahoma; Valencia, Sepanyol dan Taman Negara Yellowstone di Amerika Syarikat.

Populariti Pulau Mutiara itu digambarkan sebagai syurga makanan yang menawarkan kombinasi citarasa paling epik iaitu antara Melayu, Cina, India, Baba dan Nyonya.

“Kesemua makanan itu boleh ditemui di jalanan dan lot kedai di seluruh pelosok ibu kota, George Town yang dikelilingi banyak bangunan bersejarah dari mahligai peninggalan Inggeris, masjid sehinggalah kedai-kedai Cina klasik.

“Tapi Pulau Pinang bukan sahaja menawarkan makanan dan keindahan seni bina tetapi juga keindahan alam semula jadi seperti yang ada di Bukit Bendera,” menurut artikel itu.

Pulau Pinang merupakan satu-satunya destinasi yang mewakili Asia dalam senarai CNN Travel : Where to Travel 2022.

Ibu kota Pulau Pinang menawarkan pelbagai tarikan kepada pelancong.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Yeoh Soon Hin berkata, berita itu merupakan permulaan yang baik untuk negeri itu terutama dalam pemulihan semula sektor pelancongan pasca Covid-19.

Pada bulan lalu, negeri ini turut dinobatkan dalam senarai 15 pulau terbaik di dunia untuk persaraan oleh International Living, portal khusus mengenai persaraan dan peluang penghijrahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here