Covid-19 : Bilangan kes terendah sejak April tahun lalu

0
17
Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Jumlah kes positif baharu Covid-19 yang direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lalu turun pada kadar terendah sejak April tahun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes harian terbaharu turun kepada 2,342 kes, mengatasi jumlah pada 21 April iaitu 2,340 kes.

Beliau berkata, pertambahan kes itu menjadikan bilangan kes positif Covid-19 terkumpul kini sebanyak 2,810,689.

Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 12 kes kematian baharu direkodkan semalam.

Dalam perkembangan pemberian dos vaksin penggalak pula, dianggarkan 40 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dos berkenaan setakat semalam.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,773,734 atau 88.1 peratus daripada kumpulan itu telah lengkap menerima vaksin Covid-19 manakala 2,861,589 atau 90.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, sebanyak 147,655 dos suntikan vaksin diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 60,884,363.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here