
CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan merekodkan 3,764 kes positif Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu, mengatasi jumlah 3,229 kes berbanding hari sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif negara kini sebanyak 2,820,927.
Sementara itu, dalam kenyataan berbeza, Noor Hisham memaklumkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt di seluruh negara pada jangkaan mengikut kes seharian semalam
adalah 1.0.
Pecahan Rt mengikut negeri tertinggi adalah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu 1.09 ; Johor (1.04); Negeri Sembilan dan Kedah(1.04); Melaka (1.03); Sabah (1.0); Pulau Pinang (0.94); Kelantan (0.92); Pahang (0.98); Sarawak (0.82); Perak (0.96) dan Terengganu (0.78).

