Covid-19: Kes harian meningkat kepada 3,270 kes, 31 kematian

0
13
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Jumlah kes positif Covid-19 di negara ini kembali meningkat dengan 3,270 kes dikesan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah terbaharu yang direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) itu menjadikan jumlah kumulatif Covid-19 asebanyak 2,773,156 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.

“Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya di Facebook, hari ini.

Sementara itu, terdapat 39,682 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 32,421 individu atau 81.7 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,522 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sementara itu, KKM melaporkan 31 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kepada 31,591 orang, daripada 2.76 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, sembilan daripada 31 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here