
CYBERJAYA – Jumlah kes positif Covid-19 dalam negara terus menurun dengan 3,020 kes dikesan dalam tempoh 24 jam yang lalu berbanding 3,074 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif Covid-19 di negara ini sebanyak 2,808,347 kes.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 19 kematian membabitkan kes Covid-19 direkodkan.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat jangkitan wabak itu kini 31,781 orang.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, enam kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).