CUCKOO MPFL 2022 bermula hari ini

0
25
Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hisamudin Yahaya bersama Naib Presiden Organisasi Home Care CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd, Hazman Zakaria menyerahkan bola kepada pengadil sebagai gimik pelancaran CUCKOO MPFL 2022.

SHAH ALAM – Pertandingan CUCKOO Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2022 dilancarkan secara rasmi hari ini oleh Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hisamudin Yahaya.

Hisamudin yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM merasmikan pertandingan CUCKOO MPFL yang diadakan di Kompleks Sukan Negara (Panasonic) di sini.

Gimik pelancaran dengan penyerahan bola kepada pengadil itu dilakukan bersama Naib Presiden Organisasi Home Care CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd, Hazman Zakaria sebelum perlawanan Kuala Lumpur menentang Selangor TOT United.

Yang turut sama pada majlis berkenaan ialah, Exco FAM, Md Dali Wahid dan Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah serta Ahli Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai FAM, Mohd Faizul Abdul Rashid.

Saingan CUCKOO MPFL 2022 menyaksikan sebanyak 15 pasukan akan berentap bermula hari ini sehingga 13 Mac depan dalam format liga sepusingan  dengan setiap pasukan beraksi 14 perlawanan bermula dari Sirkit 1 hingga Sirkit 9.

Sebanyak lapan pasukan teratas dalam saingan CUCKOO MPFL 2022 akan layak ke Piala Futsal Malaysia 2022.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here