Dakwaan makanan RMT hanya kuah, nasi tidak benar – Radzi Jidin

0
206
Makanan yang tular yng didakwa disediakan untuk murid RMT

CYBERJAYA – Siasatan rapi yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) berhubung dakwaan seorang individu bahawa makanan untuk murid di bawah Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tidak berkualiti dan seperti makanan untuk ayam adalah tidak benar.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata,
siasatan mendapati gambar yang ditularkan itu bukan makanan yang disediakan untuk penerima RMT di sekolah.

“Makanan bagi semua penerima RMT disediakan oleh pihak kantin untuk murid makan di sekolah sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Dalam pada itu, katanya, KPM mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak berhubung perkara ini.

Katanya, KPM sentiasa berusaha menambahbaik program RMT, termasuk dalam penyediaan makanan dan bekalan susu untuk penerima RMT.

Radzi berkata, pemberian susu kepada murid RMT telah ditambah daripada dua kali seminggu kepada setiap hari persekolahan mulai tahun lepas.

Semalam seorang pengguna akaun Facebook, Zurina Hassan mempersoalkan makanan yang disediakan oleh kantin sekolah kepada murid-murid RMT.

Dalam gambar yang dimuatnaik itu, hidangan yang disediakan hanya nasi, kuah dan sedikit hirisan sayur lobak.

“Cucu saudara bawak balik dekat mak dia makanan RMT. Sadis betul. Makanan apa yang diberi untuk budak-budak dekat sekolah? Adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sampai pengusaha kantin beri makanan begini kepada budak-budak?

“Sebelum ini budak-budak mengadu makanan RMT tidak sedap, kita pun beritahu kena bersyukur sebab masih ada makanan. Tapi, ini makanan untuk siapa? Ayam?,” soalnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here