Dewan Negara tolak usul bincang pemilikan saham Azam Baki

0
12
Azhar Azizan Harun

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini menolak usul pembangkang bagi membincangkan isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, perbahasan mengenai isu itu tidak akan diadakan kerana agenda mesyuarat pada hari ini adalah berkaitan isu banjir.

“Agenda hari ini adalah banjir, bukan berkenaan rasuah. Saya akui ada terima usul tersebut sehari lepas dan saya sudah menjawab bahawa sidang khas ini dipanggil Perdana Menteri berdasarkan kuasa mutlak Perdana Menteri.

“Oleh sebab itu, saya tidak ada kuasa menentang atau menerima usul berkenaan. Kalau Yang Berhormat Pulai fokus, agenda ini ditetapkan Perdana Menteri.

“Sehingga hari ini, saya tidak mempunyai apa-apa notis dari Perdana Menteri (mengenai agenda lain), maka saya anggap usul itu dianggap tidak akan dimasukkan dalam agenda hari ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Usul perbincangan mengenai isu Azam Baki itu telah dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub, semalam.

Salahuddin dalam kenyataan di media sosial semalam berkata, isu pemilikan saham itu perlu dibincang untuk menggesa Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah melakukan siasatan lebih lanjut terhadap pegawai tertinggi SPRM itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here