Dos penggalak persediaan sambut Aidilfitri

0
55
Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Orang ramai yang telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 dinasihat menyegerakan pengambilan dos penggalak sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, suntikan dos penggalak itu perlu diambil sebagai perlindungan diri dan ahli keluarga daripada risiko akibat Covid-19.

“Sila dapatkan dos penggalak vaksin COVID-19 untuk perlindungan diri dan keluarga.

“Ia sebagai satu usaha bersama kesiapsiagaan menyambut Hari Raya nanti, InsyaAllah,” menerusi ciapannya di Twitter.

Sambutan Aidilfitri tahun ini yang jatuh pada 3 Mei. Sejak penularan Covid-19 pada penghujung 2019, umat Islam di negara ini terpaksa menyambut perayaan itu dalam suasana baharu tanpa aktiviti ziarah-menziarahi.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan jumlah pemberian dos penggalak mencapai jumlah 10 juta minggu depan dengan jumlah semasa 8,806,581, semalam.

Dos penggalak adalah dos ketiga yang diterima penerima golongan rakyat dewasa (malah kajian mencadangkan seawal 12 tahun), dengan tujuan meningkatkan imuniti penerima terhadap jangkitan Covid.

Minggu lalu, sebanyak empat pusat pemberian vaksin (PPV) Covid-19 mega mula beroperasi esok di Lembah Klang yang menawarkan suntikan dos penggalak.

Empat PPV mega itu adalah PPV Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpu(WTC), PPV Axiata Arena Bukit Jalil, PPV Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam dan PPV Soka Gakkai, Klang.

Menurut KKM, Sejak pemberian dos penggalak di negara ini dipercepatkan, kes harian Covid-19 dikatakan turun mendadak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here