Dr Mahathir dimasukkan ke IJN, jalani prosedur perubatan elektif

0
30
Dr Mahathir Mohamad

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Menerusi satu kenyataan, IJN memaklumkan Dr Mahathir dimasukkan ke hospital berkenaan bagi menjalani prosedur perubatan elektif.

“Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) terkini, tiada pelawat dibenarkan melawat Tun Mahathir,” katanya.

Pada 16 Disember tahun lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan dibenarkan keluar seminggu kemudian.

Dr Mahathir yang juga Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sebelum ini pernah mendapat serangan jantung pada tahun 1989 dan dua lagi serangan jantung pada tahun 2006 iaitu setahun kemudian beliau menjalani pembedahan pintasan kuadrup.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here