
PARIS – Agensi Perubatan Eropah (EMA) hari ini meluluskan koktel rawatan Paxlovid untuk dipasarkan sebagai ubatan merawat Covid-19.
Portal Bloomberg melaporkan, kelulusan EMA itu merupakan satu perkembangan baik dalam melawan penularan Covid-19.
Pengeluar Paxlovid, Pfizer, dalam satu kenyataan berasingan berkata, kajian mereka mendapati tablet tersebut turut mampu merawat Covid-19 yang disebabkan oleh varian Omicron.
Koktel ubatan Paxlovid terdiri daripada tablet nirmatrelvir dan tablet ritonavir perlu diambil secepat mungkin setelah pesakit disahkan positif, sebanyak dua kali sehari selama lima hari.
Kombinasi tablet itu berkesan menghalang virus Covid-19 daripada membiak di dalam badan perumahnya.
Siri ujian klinikal mendapati, Paxlovid yang diambil menerusi mulut didapati berkesan menghalang hospitalisasi dan kematian dalam kalangan pesakit berisiko tinggi sehingga 89 peratus.