Emas Anuar STL: Putrajaya Cyborg kejutkan Penang Black Panthers

0
326
Pasukan Putrajaya Cyborg

KUALA LUMPUR – Pendatang baharu Liga Premier, Putrajaya Cyborg melakar kejutan pada kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/22 dengan menumpaskan pasukan Penang Black Panthers 2-0 sebentar tadi.

Pasukan Putrajaya Cyborg yang bangkit semula setelah tewas semalam kepada Bomba Fighters, menjinakkan Penang dengan keputusan 21-18 dan 21-17.

Pasukan Putrajaya menampilkan Shahril Rosdi sebagai tekong, Suhairi (apit kanan) dan Muslim Ramli (perejam) dalam aksi tersebut.

Menurut pengurus pasukan Putrajaya Cyborg, Shahzan Ismail, untuk aksi menentang pasukan Penang, dia meminta anak buahnya supaya beraksi tanpa sebarang tekanan.

“Pendekatan yang santai dan tenang daripada seluruh pasukan membuahkan kejayaan buat Putrajaya Cyborg pada perlawanan kali ini.

“Bangkit semula setelah kalah dengan Bomba Fighters semalam telah membakar semangat anak-anak buah saya untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan esok menentang Selangor Piston, Shahzan berkata, pasukannya berjanji tidak memberi laluan mudah kepada pasukan Selangor dan berjanji untuk memberikan tentangan sengit.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here