Emas Anuar STL: Putrajaya Cyborg mahu buat kejutan, sasar kelompok 3 teratas liga

0
692
Pasukan Putrajaya Cyborg

KUALA LUMPUR – Selepas berjaya mencapai matlamat untuk beraksi bersama pasukan elit dalam pertandingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL), naib juara Divisyen Satu STL musim lepas, Putrajaya Cyborg bersedia untuk mempamerkan aksi terbaik dan memburu kedudukan di kelompok teratas liga pada musim ini.

Menurut pengurus pasukan Putrajaya Cyborg, Shahzan Ismail, meskipun pertama kali beraksi dalam liga elit itu, beliau yakin dengan gabungan pemain senior dan junior pasukan yang berpengkalan di Putrajaya itu mampu mencipta kejutan.

“Campuran regu yang dinamik di mana pemain pemain senior dan junior digandingkan untuk pasukan Putrajaya Cyborg mampu mengucar kacirkan pasukan lawan.

Shahzan Ismail

“Kami yakin yang kami mampu memberikan saingan hebat dan berhasrat untuk berada di tangga tiga teratas liga pada kemunculan kali pertama ini,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

STL yang memasuki penganjuran edisi kelapan akan membuka tirai pertandingan hari ini dengan menampilkan sebanyak 10 pasukan.

Dalam pada itu, menyentuh aksi pertama Putrajaya Cyborg malam ini menentang pasukan KL Thunder, Shahzan berkata, reputasi hebat pasukan Lembah Klang itu sebagai juara STL musim lalu tidak menggentarkan pasukannya.

Beliau berkata, pasukannya akan mempamerkan aksi terbaik dan dapat mengutip kemenangan pertama pada edisi kali ini.

Perlawanan antara kedua-dua pasukan itu akan berlangsung pada pukul 10 malam ini di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur.

Selain itu, perlawanan itu turut ditayangkan melalui saluran Astro Arena 801 dan Astro Go.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here