Empat individu ditahan di Kelantan berkaitan sijil vaksinasi palsu

0
19
Gambar Hiasan

KOTA BHARU – Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan semalam menahan empat individu selepas terlibat dalam kegiatan pemalsuan sijil vaksinasi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata. modus operandi mereka ialah menawarkan RM180 untuk setiap suntikan di sebuah klinik swasta. 

Shafien berkata, suspek berumur antara 30-an hingga awal 60-an itu dipercayai terdiri daripada tiga penerima vaksin dan seorang pemilik klinik swasta.

Menurut Shafien, IPK Kelantan menerima laporan polis mengenai pengeluaran kad vaksinasi disyaki palsu kira-kira pukul 11.19 pagi kelmarin.

“Berdasarkan laporan itu, Jabatan kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) telah menerima empat aduan daripada sumber berbeza berkenaan pengeluaran kad vaksinasi disyaki palsu oleh sebuah klinik swasta di daerah ini antara 1 Oktober hingga 11 Januari lalu.

“Siasatan mendapati, klinik tersebut menawarkan perkhidmatan suntikan vaksin dengan caj RM180 setiap suntikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Shafien, semakan lanjut oleh pihak JKNK mendapati, empat individu yang dikatakan telah menerima vaksin tersebut tiada rekod vaksinasi di dalam aplikasi MySejahtera mereka.

“Semasa serbuan dijalankan, polis turut merampas kad vaksinasi dan lain-lain dokumen yang berkaitan,” katanya. 

Dalam pada itu katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan pemalsuan sijil vaksinasi diminta untuk tampil membuat laporan di balai polis berhampiran. haha

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here