Guru dan petugas Kemas kini boleh berpolitik-PM

0
28
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KOTA BHARU – Guru dan petugas Institut Latihan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) kini dibenarkan untuk berpolitik dan arahan berkenaan berkuat kuasa serta-merta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kabinet telah memutuskan untuk beri kebenaran kepada guru berpolitik bagi menghormati semangat demokrasi.

“Saya telah pun bawa isu ini ke kabinet dan kabinet memutuskan kita beri kebenaran kepada guru berpolitik bagi menghormati semangat demokrasi.

“Sebelum ini ada pekeliling yang menyekat guru dari berpolitik dan ramai pendidik diberikan amaran dan diambil tindakan.

“Jika pekeliling masih belum dikeluarkan, saya berharap Kementerian Pendidikan bertindak segera mengeluarkannya supaya tiada lagi tekanan dilakukan terhadap guru-guru ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu Perdana Menteri menghadiri Perjumpaan Khas Perdana Menteri bersama Ahli Biro Politik UMNO Negeri di Dewan UMNO Kelantan, di sini. 
Turut hadir, Pengerusi UMNO Negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob dan kepimpinan UMNO Negeri.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri memberitahu, kebenaran berpolitik itu turut diberikan kepada petugas Kemas yang sebelum ini telah disekat kebebasan berkenaan.

Katanya, sebelum ini mereka dibenarkan berpolitik seperti rakyat biasa, namun semasa pentadbiran kerajaan diterajui Pakatan Harapan (PH), mereka tidak dibenarkan berpolitik.


“Saya juga ingin memaklumkan bahawa petugas Kemas juga diberikan kebenaran ini cuma mereka masih tertakluk kepada peraturan jabatan masing-masing.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here