Harga RON95 dan diesel kekal, RON97 naik 3 sen

0
7
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Harga runcit bagi petrol RON97 naik 3 sen kepada RM3.03 seliter berbanding RM3.00 seliter minggu lalu.

Manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel pula masing-masing kekal pada harga RM2.05 seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, harga runcit produk petroleum itu adalah bagi tempoh bermula esok sehingga 12 Januari ini yang ditetapkan mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Kementerian itu berkata, kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel sebagai langkah melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

“Harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi harga paras siling yang ditetapkan.

“Harga runcit mengikut formula APM bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang ditetapkan,” kata kenyataan hari ini.

Pada masa sama, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here