Jangkitan Covid-19 dalam kalangan pelajar di Melaka membimbangkan

0
16
Dr Rusdi Abd Rahman

MELAKA – Jangkitan Covid-19 dalam kalangan pelajar sekolah di Melaka semakin membimbangkan apabila varian Omicron turut dikesan di sebuah kolej vokasional.

Pengarah Kesihatan Melaka, Dr Rusdi Abd Rahman berkata, sehingga kini, seramai 261 pelajar di empat buah institusi pendidikan si Melaka disahkan positif Covid-19.

Beliau berkata, pelajar yang dikesan positif itu terdiri daripada empat kluster pendidikan dengan dengan satu kolej dikesan terdapat kes varian baharu iaitu Omicron.

“Bagi saya ini semakin membimbangkan…daripada empat kluster pendidikan ini, hanya ada satu kolej, ada satu kes varian Omicron.

“Tapi bagi saya Omicron ke tidak, sebenarnya cara menjauhinya sama dan sebab itu kita kena waspada, patuhi prosedur operasi standard (SOP) dan sebagainya,” katanya kepada media hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, seramai 261 pelajar yang positif Covid-19 di empat institusi pendidikan adalah Kluster Jalan Kemendor di Jasin iaitu Kolej Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin sebanyak 39 kes.

“Kluster Jalan Hang Tuah Jaya 2 (Universiti Teknikal Malaysia Melaka) 58 kes, Kluster Jalan Telani (Kolej Vokasional Melaka Tengah) 135 kes dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sultan Muhammad sebagai Kluster Jalan Pengkalan Batu sebanyak 29 kes,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dr Rusdi juga tidak menolak kemungkinan lebih banyak jangkitan Covid-19 akan berlaku dalam kalangan pelajar di negeri berkenaan.

“Saya tak hairan kalau misalnya sekolah lain, terutama sekolah asrama pula yang menjadi mangsa selepas ini kalau kita tak berhati-hati.

“Setakat ini, Melaka sudah merekodkan 15 kes varian Omicron iaitu sembilan di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin masing-masing tiga kes,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here