Jawatankuasa teknikal teliti dasar RUU Anti Lompat Parti bermesyuarat minggu hadapan

0
8
WAN JUNAIDI

CYBERJAYA – Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti akan dimuktamad dan dibentangkan di Parlimen pada Mesyuarat Pertama Penggal Kelima mulai 28 Feb depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, berikutan itu, sebuah jawatankuasa teknikal akan ditubuhkan minggu depan untuk meneliti dasar berkaitan isu anti lompat parti.

“Keanggotaan jawatankuasa teknikal ini terdiri daripada empat wakil kerajaan dan empat wakil Pakatan Harapan.

“Jawatankuasa ini akan bermesyuarat minggu depan untuk memperincikan perkara dasar dan kerangka perundangan yang dicadangkan,” ” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, persetujuan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik Bilangan 3 Tahun 2022 antara kerajaan dan PH yang berlangsung pada Rabu.

“Ia merupakan komitmen kedua-dua pihak bagi memastikan perkara yang dipersetujui dalam Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani antara kerajaan Persekutuan dan PH pada 13 September 202 lalu dilaksanakan sebagaimana ditetapkan,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here