Jika pembalakan sebabkan harimau keluar, kenapa binatang lain tak ikut – soal Mohd Amar

0
112
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan mempertahankan kenyataan Pengarah Perhutanan Negeri yang menyatakan pembalakan tidak menjejaskan populasi harimau.

Menurut Timbalan Menteri Besarnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, pembalakan yang teratur serta mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Tanah Negara membantu pengurusan dan kestabilan hutan.

“Yang dia (Pengarah Perhutanan negeri, Abdul Khalim Abu Samah) sebut itu betul, ada kajian orang buat..WWF (Tabung Hidupan Liar Sedunia).

“Berdasarkan pandangan itu makna pembalakan iniā€¦ maksudnya pembalakan terpilih boleh bantu pengurusan hutan. Tak bangkitlah isu orang salahkan pembalakan seolah-olah pembalakan menyebabkan harimau keluar, banjir dan lain-lain.

“Semua itu tak betul, kita amalkan ‘sustainable logging’ (pembalakan mampan),” katanya memetik laporan Astro Awani di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Amar turut mempersoalkan, sekiranya pembalakan menyebabkan harimau keluar, mengapa binatang liar lain seperti gajah, beruang dan sebagainya tidak berkeliaran di perkampungan Orang Asli.

Semalam Abdul Khalim dilapor berkata, aktiviti pembalakan yang teratur baik untuk untuk pertambahan populasi harimau berdasarkan kajian seorang pakar dari Sarawak.

Katanya apabila ada aktiviti pembalakan, banyak tumbuhan baharu tumbuh yang seterusnya menarik minat haiwan seperti kancil dan sebagainya untuk datang ke kawasan tersebut.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, hutan simpan dibahagikan kepada dua iaitu hutan simpan perlindungan dan hutan simpan pengeluaran yang dikhususkan untuk aktiviti pembalakan yang terikat dengan peraturan catuan tebangan.

Kelantan katanya mempunyai hutan simpan berkeluasan ratusan ribu hektar yang tidak diusik.

Beliau juga meminta orang ramai tidak menyalahkan pembalakan sebagai punca harimau keluar atau kejadian banjir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here