JPM nafi 3 Februari diisytihar hari kelepasan Wilayah Persekutuan

0
29
Tangkap layar satu pekeliling palsu yang dimuat naik JPM, hari ini.

CYBERJAYA – Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan bahawa 3 Februari depan diisytiharkan hari kelepasan am Wilayah Persekutuan.

JPM dalam satu kenyataan hari ini menegaskan, maklumat yang menjadi tular menerusi media sosial itu adalah tidak benar.

“Orang ramai dinasihatkan tidak menyebar atau berkongsi sebarang maklumat yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” kata JPM dalam satu paparan di akaun Facebooknya.

Ia turut merujuk pertanyaan daripada pelbagai pihak mengenai hebahan tular tersebut yang menggunakan tajuk Akta Hari Kelepasan 1951 Pemberitahuan Di Bawah Subseksyen 9(2).

Berdasarkan tangkap layar yang dimuat naik JPM, pekeliling palsu itu mendakwa Khamis minggu depan diisytihar sebagai cuti Hari Wilayah Persekutuan 2022 yang dianjak daripada 1 Februari.

Ini susulan tarikh berkenaan secara kebetulan jatuh pada sambutan Tahun Baharu Cina yang akan diikuti keesokan pada 2 Februari kecuali bagi Kelantan dan Terengganu hanya sehari.

Hari Wilayah Persekutuan disambut warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan setiap tahun pada 1 Februari sejak 1974 lalu dengan tema tahun ini ialah Wilayah Maju dan Sejahtera.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here