Jumlah kes baharu Covid-19 turun kepada 2,882 kes

0
8
Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Jumlah kes positif Covid-19 baharu menurun kepada 2,882 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu menjadikan jumlah kumulatif kini 2,764,354.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagi tempoh yang sama sebanyak 3,291 pesakit sembuh, 284 masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 156 mendapat bantuan alat pernafasan.

“Jangkitan kes tempatan sebanyak 2,549 kes manakala 71 kes bukan warga negara.

“Terdapat 333 kes import melibatkan 313 warganegara dan selebihnya bukan warga negara,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 1 Januari 2022 untuk seluruh negara adalah 0.99.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mengesan sebanyak 172 kes baharu Variant of Concern (VOC) telah dilaporkan dari 25 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022 dengan 170 kes baharu varian Delta (B.1.617.2) dan dua (2) kes baharu varian Omicron (B.1.1.529)

Sementara itu, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) adalah 15 kes tanpa kes baharu setakat hari ini.

“Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam kalangan mangsa banjir adalah sebanyak 451 kes (7 kes baharu hari ini) dan tiada pertambahan kluster baharu hari ini di PPS.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here