Kadar bayaran pembantu rumah masih rendah

0
30
Gambar hiasan.

CYBERJAYA – Kadar bayaran untuk pengambilan Pembantu Rumah Asing (PRA) untuk permohonan kali pertama di negara ini yang didakwa terlalu tinggi tidak mengambil kira beberapa caj lain yang termasuk dalam bayaran ditetapkan.

Caj serta bayaran yang termasuk dalam harga permohonan PRA sebanyak RM1,136 itu adalah bayaran levi, visa, yuran pemprosesan, bayaran pas, wang jaminan dan beberapa bayaran lain yang berkaitan.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (JIM), Datuk Sri Khairul Dzaimee Daud berkata, kadar bayaran PRA yang dikenakan kerajaan melalui JIM adalah rendah.

“Untuk makluman, kadar bayaran yang dikenakan oleh kerajaan melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi pengambilan PRA kali pertama adalah rendah iaitu sebanyak RM1136.00.

“Ia termasuk semua caj-caj lain yang dikenakan mengikut ketetapan kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, bagi pengambilan PRA juga, kerajaan membenarkan kemasukan pembantu rumah dari pelbagai negara dan tidak terhad kepada beberapa negara sahaja.

“Majikan bebas memilih pembantu rumah asing dari negara Filipina, Indonesia, India, Sri Lanka, Thailand, Vietnam, Kemboja, Nepal dan Laos.

“Setiap pengambilan PRA perlulah mematuhi syarat-syarat kelayakan yang digariskan seperti umur, jantina dan lulus pemeriksaan kesihatan oleh FOMEMA apabila tiba di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu, terdapat seramai 88,173 PRA yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) sehingga 31 Disember 2021.

Majikan boleh mendapatkan keterangan lanjut mengenai prosedur permohonan PRA serta lain-lain maklumat yang berkaitan dengan melayari portal rasmi Jabatan www.imi.gov.my atau media sosial rasmi JIM.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here