Karnival Jom Kahwin di Malakat Mall pada 29, 30 Januari ini

0
30

CYBERJAYA – Kumpulan Malakat Eco mempelawa orang ramai dan usahawan dalam perniagaan berkaitan perkahwinan ke karnival Jom Kahwin yang diadakan di Malakat Mall, Cyberjaya pada 29 hingga 30 Januari ini.

Karnival Jom Kahwin ini menawarkan peluang perniagaan kepada usahawan seperti pengurusan majlis, butik pakaian pengantin, jurugambar dan juruvideo, khidmat solekan, pereka kad jemputan, katering dan banyak lagi.

Malakat Mall dalam hantaran di Facebooknya berkata, pihaknya menawarkan tapak perniagaan pada harga yang cukup istimewa sempena penganjuran acara yang julung kali diadakan itu.

“Kadar sewa bagi tapak concourse adalah RM200 untuk dua hari acara. Kami menyediakan tapak gerai berkeluasan 8 X 8 kaki persegi bagi setiap peserta dengan bayaran RM100 sebagai deposit.

“Selain peluang berniaga di dalam pusat beli belah, peserta juga diberikan pelbagai kemudahan seperti meja dan kerusi.

“Jangan lepaskan peluang ini kerana ada pelbagai promosi menarik menanti anda,” katanya.

Tawaran tapak niaga pada setiap hujung minggu di Malakat Mall merupakan inisiatif berterusan kumpulan Malakat Eco untuk memberi peluang kepada usahawan kecil dan sederhana melebarkan produk dan perkhidmatan mereka.

Selain menikmati kemudahan perniagaan pada harga terendah, peserta juga berpeluang menikmati keselesaan di pusat beli belah berkenaan seperti tempat letak kenderaan mudah akses, surau, tempat makan dan ruang santai yang luas untuk seisi keluarga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here