Karnival ‘Kahwin Lah Jom’ di Malakat Mall dapat sambutan hebat

0
51
Karnival Kahwin Lah Jom di Malakat Mall berlangsung meriah dengan pelbagai perkhidmatan berkaitan industri perkahwinan disediakan.

CYBERJAYA – Karnival perkahwinan ‘Kahwin Lah Jom’ yang diadakan di Malakat Mall di sini mendapat sambutan hebat para pasangan yang merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Karnival berkenaan menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam industri perkahwinan seperti pakej majlis perkahwinan, buffet, andaman, dewan majlis , fotografi dan banyak lagi.

Penyelaras Acara Kumpulan Malakat Eco, Noor Herdawaty Zakaria berkata, karnival dua hari yang berakhir hari ini itu akan dianjurkan lagi pada masa akan datang kerana mendapat sambutan baik.

Noor Herdawaty Zakaria

“Ramai pasangan yang merancang untuk mendirikan rumah tangga datang ke karnival kali ini untuk melihat pakej-pakej menarik yang disediakan sekaligus membantu mereka untuk buat pilihan.

“Kita bagi pihak Kumpulan Malakat Eco juga menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti sewaan ruang majlis dan juga katering serendah RM9.90 seorang oleh Brainy Kitchen,” katanya.

Mengulas lanjut, Noor Herdawaty berkata, karnival bermula 10 pagi hingga 10 malam itu menampilkan sebanyak 10 gerai pameran selain dihiasi dengan dekorasi pelamin dan majlis

Antara barangan dipamerkan di Karnival Kahwin Lah Jom di Malakat Mall.

“Pada penganjuran pada masa akan datang, kita merancang untuk memperbanyakkan lagi gerai pameran. Kita sediakan ruang untuk usahawan dalam sektor ini selain membantu pasangan untuk menjayakan majlis perkahwinan mereka.

“Kita akan lihat tarikh yang sesuai nanti untuk anjurkan lagi karnival seperti ini,” katanya.

Sementara itu, seorang pengunjung, Zalini Mohd Yusof, 28, berkata, dia datang ke Malakat Mall untuk melihat pakej berkaitan majlis perkahwinan yang disediakan.

Hantaran untuk majlis perkahwinan

Zalini berkata, dia mengetahui mengenai karnival yang diadakan apabila rakannya memaklumkan kepadanya selepas melihat hantaran di laman Facebook Malakat Mall.

“Secara kebetulan, saya tinggal di kawasan Cyberjaya. Jadi, saya datang untuk melihat pakej yang disediakan. Karnival seperti ini membantu saya dan pasangan membuat perancangan untuk majlis perkahwinan kami.

“Apa yang menarik di sini, saya dapat lihat pakej fotografi dan juga sewaan pelamin dan andaman. Jadi saya ‘survey’ dahulu dan jika berkenan saya akan hubungi kembali,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here